Ayam

Nasi Ayam : 6 Resipi Sedap & Memukau

Nasi ayam sememangnya mempunyai pelbagai resepi. Ada nasi ayam hainan, panggang, roasted dan macam-macam lagi.

Aspirasi Rasa ingin kongsikan kepada anda beberapa resepi nasi ayam untuk dijadikan panduan.

Jom kita cuba!

Baca Juga : Ayam Masak Merah : Resipi Cara Orang Lama

1. Resepi Nasi Ayam Hainan

nasi ayam

Bahan-Bahan :

    • Beras secukupnya
    • Daun pandan (disimpul)
    • 2-4 ulas bawang putih (dicincang)
    • Halia (dipotong nipis)
    • Garam
    • 2 sudu besar sos tiram/ kiub pati ayam
    • Minyak bijan
    • Butter/ minyak masak

Cara Masak

    1. Masukkan beras dengan air atau air rebusan ayam secukupnya.
    2. Masukkan semua bahan kecuali butter/ minyak masak.
    3. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Masukkan butter/minyak masak dan beberapa titis minyak bijan.
    4. Masak seperti biasa dan kacau-kacau semasa menggelegak.

Bahan-Bahan Ayam Hainan

    1. Lumurkan ayam dengan sos tiram atau kicap. Letak sedikit sahaja sebab taknak bagi ayam berwarna hitam.
    2. Tambahkan garam dan minyak bijan.
    3. Taburkan separuh sudu teh rempah untuk seekor ayam, tidak perlu terlalu banyak.
    4. Lumurkan semua bagi rata dan perap selama sejam.
    5. Ayam boleh dibakar atau digoreng.

Bahan-Bahan Sos Cili

    • Cili merah
    • Cili api (jika mahu pedas)
    • Halia muda
    • Garam dan gula
    • Jus limau/ cuka

Cara Buat Kicap

    1. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan masak sekejap.
    2. Pekatkan kuah dengan tepung jagung sedikit.

Bahan-Bahan Sup Ayam

    • Lebihan ayam/ kaki ayam
    • Daun bawang
    • Daun sup
    • Serbuk lada sulah
    • Garam
    • Serbuk sup (jika mahu)

Cara Buat Sup Ayam

    1. Potong daun sup atau daun bawang kepada 3 bahagian.
    2. Masukkan semua bahan dan rebus semua.

Baca Juga : Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Licin Pinggan Dibuatnya

2. Resepi Nasi Ayam Bersama Ayam Panggang

nasi ayam

Bahan-Bahan Stok Ayam & Ayam Panggang

    • 2 inci halia
    • 6 ulas bawang putih
    • 5 batang daun bawang (bahagian putih)
    • 1/2 kiub pati ayam
    • 1/2 ekor ayam
    • Sedikit kicap pekat & kicap cair

Cara Buat Stok Ayam & Ayam Panggang

    1. Masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan kiub pati ayam ke dalam periuk yang mengandungi ayam & air yang melitupi seluruh ayam.
    2. Didihkan sehingga ayam lembut dalam 30-40 minit.
    3. Keluarkan ayam dari sup dan masukkan segerake dalam air sejuk selama 1-2 minit untuk menghentikan proses ayam masak.
    4. Keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan dengan sedikit sahaja kicap pekat dan kicap cair. Perap selama 15 minit.
    5. Selepas ayam diperap, masukkan ke dalam air fryer dan goreng suhu 160 selama 10-15 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven.

Bahan-Bahan Nasi Ayam

    • Lemak ayam yang berlebihan
    • Sebiji bawang holland (dihiris)
    • 7 ulas bawang putih (dihiris)
    • 2 inci halia (dihiris)
    • Beras
    • Minyak bijan
    • Garam

Cara Buat Nasi Ayam

    1. Goreng lemak ayam sehingga keluar minyak yang banyak.
    2. Tumis bawang putih, bawang holland dan halia ke dalam minyak ayam.
    3. Setelah garing, masukkan hasil tumisan ke dalam beras yang telah dicuci bersih.
    4. Masukkan stok ayam mengikut sukatan beras. 1 cawan nasi, 1 cawan stok ayam (untuk Pressure Cooker)
    5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Titiskan sedikit minyak bijan.
    6. Masak nasi seperti biasa.

Bahan-Bahan Sos

    • 8 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • Sebatang serai
    • 8 biji lada merah
    • Akar daun ketumbar
    • Gula merah
    • Garam
    • 1/2 cawan stok ayam

Cara Buat Sos

    • Kisar semua bahan, dan siap.

Bahan-Bahan Kicap

    • 1/2 sudu kicap pekat
    • 1 sudu kicap cair
    • 1/2 minyak bijan
    • 2 sudu stok ayam

Cara Buat Kicap

    • Campurkan semua bahan, dan siap.

Bahan-Bahan Sup

    • Fishball
    • Bawang goreng
    • Daun bawang

Cara Buat Sup

    • Gunakan stok ayam yang telah disediakan. Hanya tambah fishball, bawang goreng dan daun bawang.

3. Resepi Nasi Ayam Roasted

nasi ayam

Resepi ini untuk 5-6 orang makan.

Bahan-Bahan Sup Ayam

    • 2 liter air
    • 1 kiub ayam Maggi
    • Serbuk lada sulah
    • Garam
    • 1 keping halia
    • 1 ekor ayam
    • Bebola ikan

Cara Buat Sup Ayam

    • Panaskan air dalan periuk. Masukkan kiub pati ayam.
    • Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan halia.
    • Selepas sup mendidih, masukkan ayam.
    • Angkat selepas ayam separa masak dalam 10-15 minit. Toskan ayam.
    • Sambung reneh sup dalam api perlahan.
    • Masukkan bebola ikan.
    • Sewaktu dihidangkan, boleh taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Bahan-Bahan Nasi Ayam

    • 1 senduk marjerin
    • 2 keping halia
    • 2 helai daun pandan (disimpul)
    • 1 barang serai (diketuk)
    • 1 sudu gula
    • Lemak ayam (kalau ada)
    • 3 cawan beras
    • 1 cubit kunyit

Cara Buat Nasi Ayam

    1. Panaskan marjerin dalam kuali.
    2. Masukkan halia, daun pandan, serai, gula dan lemak ayam.
    3. Masukkan beras yang sudah dibersihkan.
    4. Goreng seketika sebelum dimasukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi.
    5. Tambahkan air sup secukupnya dan masukkan serbuk kunyit.
    6. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasanasi yang berlemak dan wangi.

Bahan-Bahan Ayam Panggang

    • 1 ekor ayam tadi
    • 2 sudu besar kicap pekat
    • 1 sudu besar kicap cair
    • 2 sudu besar sos blackpepper
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besarminyak bijan

Cara Buat Ayam Panggang

    1. Campurkan semua bahan tadi dan lumurkan ayam yang sudah ditoskan.
    2. Bakar ayam sehingga masak.
    3. Potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.

Tips: Untuk kulit ayam yang rangup, sebelum memasak ayam, jemurkan ayam yang sudah dilumurkan selama setengah jam di bawah cahaya matahari.

Bahan Sambal Cili

    • 5 batang cili merah
    • 2 batang cili padi merah
    • Sekeping halia
    • 1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai)
    • 2 senduk air jeruk bawang putih
    • 2 sudu besar sos cili Thai

Cara Buat Sambal Cili

    1. Kisar semua bahan-bahan kecuali sos di atas sehingga sedikit halus.
    2. Tuang ke dalam periuk kecil.
    3. Masukkan sos cili Thai, masak seketika. Siap.

Bahan-Bahan Sambal Kicap

    • 1 senduk kicap cair
    • 1/2 sk minyak bijan
    • 1 sudu besar kicap biasa
    • 1/2 sk sos tiram

Cara Buat Sambal Kicap

    1. Campurkan kesemuanya dalam periuk. Panaskan seketika.
    2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi.
    3. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Penutup

Sekian perkongsian resepi nasi ayam dari kami. Untuk lain-lain masakan ayam, anda boleh cuba Ayam Kurma : Kuah Lagi Pekat Lagi Sedap!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top