Nasi

Resipi Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Sampai Licin Hirup Kuah!

Resepi Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Sampai Licin Hirup Kuah!

Lontong sudah sinonim dalam kalangan kaum Melayu sebagai juadah istimewa ketika pagi raya. Ada juga restoran-restoran menjadikan lontong sebagai sarapan di hari biasa untuk penggemar lontong.

Anda peminat tegar lontong? Aspirasi Rasa ingin kongsikan resepi lontong yang sedap sehingga licin mengjirup kuah!

resepi lontong

1. Resepi Lontong Sedap

Bahan-Bahan Membuat resepi Lontong :

Bahan A

    • Bawang merah 7 ulas
    • Serai 2 batang
    • Lengkuas 2 hiris nipis
    • Halia 2 hiris nipis
    • Udang kering 2 sb
    • Ikan bilis segenggam
    • Buah keras 1 biji
    • Kunyit hidup sebesar ibu jari

Nota : Blend semua bahan di atas

Bahan B

    • Udang segar
    • Kobis
    • Kacang panjang
    • Lobak merah
    • Kentang
    • Suhun & fucuk
    • Bahan perasa
    • Santan kotak

Bahan Lain :

    • Nasi impit
    • Telur rebus

Cara Masak Resepi Lontong

    1. Blend hancur bahan A.
    2. Satukan dalam periuk bersama santan & air.
    3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & lobak merah.
    4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yg lain & udang. (agak lembut sayur boleh tutup api)

2. Resepi Sambal Bilis Padu

Bahan-Bahan Sambal Bilis :

    • Bawang besar 3 biji
    • Bawang besar 1 biji (dimayang)
    • Cili kering siap blend 3 senduk nasi
    • Daun pandan
    • Ikan bilis 2 genggam
    • Air asam jawa sedikit
    • Garam gula

Cara-Cara Buat Sambal Bilis

    1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan.
    2. Selepas warna agak kekuningan masuk cili blend, gula dan air asam.
    3. Tumis sampai bertukar warna. Masukkan ikan bilis dan perasakan garam gula dan siap!

3. Resepi Kuah Lontong

Bahan-Bahan Kuah Resepi Lontong :

    • 1/4 biji kubis
    • 1 batang lobak merah – potong panjang
    • 9 batang kacang panjang
    • 1 ikat soo hoon
    • 1 keping fucuk – potong panjang
    • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
    • 2 batang serai – ketuk
    • 1 cawan udang hidup
    • 1/2 biji kelapa parut
    • Garam gula secukup rasa
    • Serbuk kunyit
    • Bahan kisar

Bahan Kisar :

    • 8 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci kunyit hidup
    • 1 inci halia
    • 2 sudu besar udang kering

Cara-Cara Buat Kuah Lontong :

    1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
    2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
    3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
    4. Masukkan kunyit sampai warna nampk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Kacau menggunakan api perlahan.
    5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Penutup

Mudah sahaja kan resepi lontong ni. Paling ngam kalau makan bersama sambal tumis dan nasi impit. Mmm memang lemak-lemak padu! Tak perlu tunggu raya, masak sendiri pun boleh. Selamat mencuba!

Nak tambah lauk Asam Pedas Daging Tetel? Boleh rujuk resepi Asam Pedas Daging Tetel pula.

Semoga bermanfaat.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top