Oyakodon atau oyako donburi ini merupakan suatu hidangan tradisional daripada negara Jepun. Ianya merupakan satu hidangan yang sangat sihat kerana tidak menggunakan minyak selain tidak menggunakan garam. Mesti anda terkejut kan? Selain sdap, menu ini juga sihat, jadi anda boleh sahaja membuatnya di rumah dan makan tanpa was-was jika mahu diet. Oyakodon versi ini merupakan versi asas dan terpulang kepada kreativiti kita untuk mempelbagaikan rasa mengikut citarasa masing-masing. Biasanya oyakodon menggunakan sake atau sejenis arak di Jepun, akan tetapi versi resipi ini tidak menggunakan bahan tersebut kerana resipi dibawah mungkin sudah dimelayukan sedikit.
Bahan-bahan Oyakodon
-
- 1 mangkuk daging ayam tanpa tulang, dipotong kecil-kecil sesuai untuk satu gigitan
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan air
- 1 labu bawang besar, dihiris mengikut alur bawang
- 1 biji telur gred A, atau 2 biji telur ayam kampung (guna telur ayam kampung pun boleh)
Cara Memasak & Penyediaan
-
- Sila campurkan gula, kicap cair dan air dalam periuk (saya gemar menggunakan periuk seramik untuk hidangan ini).
- Sila letakkan hirisan bawang besar. Panaskan sebentar pada api sederhana.
- Setelah panas sedikit, susun daging ayam di atas hirisan bawang. Tutup periuk dan biar sehingga ayam masak.
- Sila pukul telur sedikit hancur (tidak perlu sehingga kembang). Tuang ke atas ayam. Tutup periuk dan biar selama 5 minit sehingga telur masak dengan haba yang ada.
- Untuk menghidang, Sila ambil sesenduk hidangan dan letak di atas nasi yang baru dimasak dan biarkan kuah oyakodon meresap ke dalam nasi.
- Menu Sudah sedia untuk dinikmati sebagai satu hidangan lengkap.
Untuk hiasan, anda boleh taburkan hirisan lobak merah, hirisan daun bawang, taburkan serbuk lada sulah atau lada hitam, kobis bunga, jeruk lobak putih dan sebagainya menigkut citarasa. Ini kerana ini adalah makanan sihat yang tidak memerlukan minyak dan mungkin garam. Akan tetapi jika anda mahu tambah garam pun boleh juga ikut citarasa anda. Anak-anak pasti menggemarinya kerana rasa ayam dan kuah yang manis dan masin bersatu selain rasa bawang yang telah menyerap kuah manis oyakodon yang sedap.
Selamat mencuba resipi ini ya!
Baca Juga resepi enak ini : Mee Wantan : Tak cukup sepinggan
