Nasi Kabsah Ayam adalah hidangan tradisional dari Arab Saudi yang dibuat dengan beras basmati, rempah ratus, dan pelbagai daging seperti ayam, kambing, atau daging lembu. Nasi dimasak dengan campuran rempah dan dihidangkan bersama ayam atau daging, sayur-sayuran, dan sos yogurt atau timun. Menu ini sering dihidangkan sebagai hidangan komunal untuk majlis-majlis khas dan terkenal dengan rasa yang berperisa dan beraroma.
Bahan-Bahan Nasi Kabsah Ayam (Nasi)
-
- 3 cwn beras basmati
- 4 sdu bsr myk sapi
- 3 1/4 cwn air
- 1 inci halia dimayang
- 1bj bwg besar didadu
- 1 btg kulit kayu manis
- 2 kumtum bunga lawang
- 3 ulas buah pelaga
- 1 btg carot disagat
- 1 bj tomatao didadu
- 2 sdu tomato puri
- 1 sdu makan serbuk kunyit
- 1 sdu makan serbuk cili
- 2 bj cili merah
- 1 bj cili benggala merah
- 1/4 cwn kismis
- sedikit pewarna kuning dan oren
- gula dan garam
- 1 ketul kiub ayam
Bahan-Bahan Untuk Blend (Kisar)
-
- 1 sudu makan bunga cengkih
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan ketumbar biji
- 1 sudu makan buah pelaga
Cara Memasak Nasi Kabsah Ayam (Nasi)
-
- Sila panaskan myk.Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tambah juga bwg putih, halia dan bwg bsr.Tumis sehingga naik bau.
- Sila letak tomato, tomato puri serta bahan blend*. Goreng sebentar.
- Sila masukkan kiub ayam, kismis, carrot parut, garam dan gula.Kacau rata.
- Sila tambah beras.Kacau perlahan .Masak nasi sehingga masak.
- Apabila nasi sudah masak titiskan beberapa titisan pewarna oren dan kuning (atau serbuk safron).
- Sila tutup periuk dengan penutup periuk dan kacau gaul nasi setelah sedia untuk dihidangkan
Bahan-Bahan Nasi Kabsah Ayam (Ayam)
-
- 1 ekor ayam dibelah 2
- 250 ml yogurt
- 2 sdu bsr madu
- sedikit garam
- sedikit serbuk safron
Cara Memasak Ayam
- Satukan ayam bersama kesemua bahan dan perap selama1 ~ 2 jam.
- Sila goreng selepas 1-2 jam diperap.
Bahan-Bahan Sos
-
- 1 bj tomato
- 5 bj cili hijau bsr
- 1 tangkai batang ketumbar
- sedikit gula dan garam
- sedikit perahan limau nipis/lemon
Cara Membuat Sos
-
- Sila kisar kesemua bahan tetapi jangan terlalu hancur.
Nasi Kabsah biasanya dimakan sebagai hidangan utama untuk makan tengah hari atau makan malam di Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang lain. Ia biasanya dihidangkan dengan pelbagai daging seperti ayam, kambing atau daging lembu, bersama-sama dengan sisi sayur-sayuran dan sos yogurt atau timun. Nasi Kabsah merupakan hidangan yang enak dan mengenyangkan yang dinikmati oleh ramai orang dan sering dihidangkan pada majlis-majlis khas dan perayaan.
Baca Juga resepi enak ini : Kebab Daging : Resipi Homemade Ringkas
