Mee / Bihun / Kuey Tiaw

Makaroni Goreng Daging Resipi Alas Perut

Makaroni Goreng Daging!! Siapa kat sini yang sangat suka makan Makaroni? Lagi2 Makaroni Goreng Daging? Haha.. min punsuka tau! Makaroni goreng daging adalah hidangan yang terdiri daripada makaroni goreng yang dicampur dengan daging lembu yang dipotong dadu. Hidangan ini popular di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan mungkin juga di Indonesia, dan sering dinikmati sebagai hidangan cepat dan mudah. Untuk membuat hidangan, makaroni direbus sehingga lembut ala2 kental gitu (jangan lembut sangat nanti dia lembik bila digoreng), kemudian digoreng dengan daging lembu, bawang besar, bawang putih, dan rempah ratus, seperti kicap dan sos tiram. Hasilnya ialah hidangan yang enak dan mengenyangkan yang biasanya dihidangkan bersama nasi kukus atau sayur-sayuran.

makaroni goreng daging

Anda boleh baca resipi ini juga : Masak Lontong Goreng Sedap Guna Lebihan Nasi Impit. Memang Padu!

Bahan-Bahan Makaroni Goreng Daging

    • 400 gram makaroni
    • 400 gram daging kisar ramly
    • •5 pcs Sosej di potong bulat
    • 2 biji bawang holand didadu
    • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
    • 5-6 sudu besar cili kisar blh tambah jika suka pedas
    • 1/2 cawan sos tomato blh tambah lagi
    • 1/2 cawan sos cili
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 kiub pati ayam
    • 1/2 biji capsicum hijau,merah,kuning ..bagi meriah
    • 5-6 biji cendawan butang
    • Sayuran campuran 1 peket
    • Sedikit brokoli hijau
    • Garam dan gula
    • Minyak masak

Cara Memasak & Penyediaan

    1. Sila didihkan air dahulu dan rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak elak makaroni melekat
    2. Sila panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
    3. Sila masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato,sos cili sos tiram,kiub ayam dan capsicum. Masukkan sedikit air.
    4. Sila masukkan daging kisar,sosej,cendawan dan brokoli kacau sehingga hampir masak.
    5. Sila masuk makaroni. Kacau hingga sekata.
    6. Last sekali sila masukkan garam dan gula secukup rasa.
    7. Untuk dihidangkan, anda boleh hias ikut selera masing2, comtohnya anda boleh tabur daun persly ,hirisan daun bawang, lada merah, hirisan sosej dan taburan serbuk lada hitam jika anda suka. Yang tak suka pedas tu, tak yah le masukkan lada hitam ye. Nanti terbatuk2 plak nak makannyeee…. hihi…

makaroni goreng daging

Makaroni goreng daging biasanya dimakan sebagai hidangan utama untuk makan tengahari atau makan malam. Ia adalah hidangan yang mudah dan mengenyangkan yang boleh dinikmati sendiri atau dengan sampingan nasi kukus atau sayur-sayuran. Hidangan ini popular di Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia dan Malaysia, di mana ia sering dihidangkan di gerai makanan jalanan atau di kafe tempatan. Ia adalah hidangan yang lazat dan menyelerakan yang boleh disesuaikan dengan mudah mengikut citarasa individu, menjadikannya pilihan serba boleh bagi mereka yang mencari hidangan yang cepat dan lazat.

Senang kan??? Apa tunggu lagi? Cepat lah cuba resipi ini…. Komen ya selepas masak,… sedap ke tidak???…. hihi

Anda mungkin mahu cuba resipi ini : Sambal Kerang : Resipi Kegemaran Anak-anak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top