Kentang Lecek, atau “Mashed Potato,” ialah makanan ringan yang serupa dengan kentang hancur. Ia adalah item menu popular di restoran KFC (Kentucky Fried Chicken) dimana-mana negara terutamanya di Asia Tenggara.
“Kentang lecek,” yang bermaksud “kentang basah” atau “Kentang yang dilenyek-lenyek” bukanlah hidangan khusus, sebaliknya istilah yang digunakan untuk menggambarkan kentang yang terlalu masak sesudah direbus atau dimasak sehingga menjadi hancur, lembut dan lembik. Ini boleh berlaku jika kentang direbus terlalu lama, atau jika ia dibakar atau dibakar pada suhu yang terlalu rendah.
Untuk membuat kentang lecek di rumah, anda memerlukan:
Bahan-Bahan Kentang Lecek
-
- 8 biji ubi kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- 2-3 sudu makan mentega
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk lada sulah secukupnya
Bahan-bahan Untuk Sos (Gravy)
-
- 1 biji bawang besar – dadu
- 2 ulas bawang putih – dadu
- 4 sudu makan mentega
- 2 sudu makan tepung gandum@ jagung
- 2 kiub pati ayam
- Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
- 2 1/2 cawan air
Cara-cara memasak Kentang Lecek (Mashed Potato)
-
- Sila kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
- Sila masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
- Sila rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
- Apabila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
- Sila masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
- Sila tambahkan serbuh lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
- Sila tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
- Sila lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
Cara-cara membuat Sos (Gravy)
-
- Mula-mula sila cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan.
- Kemudian sila masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka.
- Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus.
- Sila tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana.
- Kemudian masukkan kiub ayam dan juga serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukup rasa.5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan.
- Anda boleh kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul.
- Sila angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
Apabila semuanya sudahpun siap dimasak, anda sudah boleh hidangkan kentang lecek panas dan nikmati rasanya yang sedap!
Setiap kali ke restoran makanan segera, mesti ada sahaja menu yang menjadi kegemaran anak-anak kan? Antara yang menjadi kesukaaan kentang lecek ni (Mashed potato). Bagi yang teringin buat sendiri di rumah, cuba lah resepi diatas, dah tak perlu beli lagi kat KFC,.. buat sendiri je kat rumah. Mudah kan?…
Baca juga resepi menarik Ini : Spaghetti Goreng : Resipi Mudah Cara Pantas
