Makanan laut

Ikan Pari Bakar Bersambal : Sesuai Untuk Iftar

Adakah anda bersedia untuk masuk ke dapur? Dengan langkah ABCD, anda akan dapat menguasai resipi Ikan Pari Bakar Bersambal buatan sendiri ini dalam masa yang singkat!⁣

“Ikan Pari Bakar Bersambal” adalah hidangan yang lazimnya terdiri daripada ikan pari bakar yang dihidangkan bersama kuah sambal pedas di bahagian tepinya. Sos sambal biasanya dibuat dengan gabungan lada cili, bawang merah, bawang putih, asam jawa, dan bahan-bahan lain yang memberikan rasa yang unik dan berperisa.  Ikan pari dibakar dan disajikan dengan bersambal (sambal) yang terbuat dari bumbu-bumbu seperti bawang merah, bawang putih, cili, tomat dan rempah-rempah lainnya. Ikan pari bakar bersambal biasanya disajikan dengan nasi hangat dan sayur-sayuran segar sebagai pengiring. Hidangan ini popular di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia.

Anda mungkin berminat membaca : Sambal Tumis Ikan Kembung

ikan pari bakar bersambal

Bahan-bahan Ikan Pari Bakar Bersambal

    • 4 potong isi ikan pari sederhana besar digaram kunyit
    • 3 biji bawang merah dikisar
    • 1 biji bawang putih dikisar
    • 1/2 inci halia dikisar
    • 1/2 inci kunyit hidup dikisar
    • 1 batang serai dikisar
    • 3 biji cili api merah dikisar
    • 2 biji limau kasturi dibelah dua
    • 1 batang cili merah dikisar
    • 7 tangkai cili kering dikisar
    • 1/2 inci lengkuas dikisar
    • garam dan gula secukup rasa
    • 3 helai daun limau purut dihiris nipis
    • daun pisang

Cara-cara Memasak

    1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak.
    2. Gaul rata jgn sampai hangus. masukkan garam & perasa.
    3. Bila dah garing , angkat & ketepikan.
    4. Alas daun pisang diatas dulang pembakar . letak sedikit sambal kemudian letak ikan, letakkan sambal ke atas ikan sekali lagi dan bakar ikan hingga masak.
    5. setelah hampir ¾ masak,perahkan limau di atas ikan,kemudian tutup dan biar hingga masak.
    6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi hangat.

ikan pari bakar bersambal

Hidangan ini sangat sesuai sangat untuk dijamah sebagai makan tengahari atau makan malam dan dapat disajikan dalam acara-acara keluarga atau perayaan-perayaan khusus. Ia juga sangat-sangat sesuai jika dihidangkan ketika berbuka puasa bersama keluarga. Mesti rasa tak sabar nak masak menu ini masa Iftar semasa bulan Ramadhan nanti kan? Selamat mencubya resepi ini ya!

Baca Juga Resepi Ini : Ayam Masak Merah : Resipi Cara Orang Lama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top