Pasta Western

Carbonara Meatball Cheese (Baked) : Resipi Mudah

Carbonara Meatball Cheese (Baked) ialah hidangan pasta yang dibuat secara tradisional dengan pancetta atau bacon, telur, keju (Pecorino Romano atau Parmesan), lada hitam. Menambah bebola daging ke dalam hidangan bukanlah variasi klasik, tetapi ia pasti boleh dilakukan untuk menjadikannya lebih mengenyangkan. Anda juga boleh menambah keju pada bebola daging, jika dikehendaki.

Hidangan ini emak dimakan sewaktu makan tengahari atau minum petang. Tetapi jika anda mahu menghidangkannya pada waktu makan malam pun boleh juga. Selalunya menu ini dihidang semasa bersama keluarga ataupun semasa membuat parti kumpulan bersama kawan-kawan sepejabat ataupun harijadi. Menu ini seringkali menjadi pilihan untuk juadah upacara keramaian kerana ia mudah untuk dimasak dan ianya dalah satu menu western yangs angat popular, semua orang menggemarinya.

carbonara meatball cheese

Berikut ialah resipi mudah untuk Carbonara dengan bebola daging dan keju.

Bahan-bahan Carbonara Meatball Cheese

  • Bebola Daging/Ayam
  • 1 Tin Sos Carbonara Prego
  • Setengah cawan susu segar
  • Sedikit lada hitam
  • Keju Mozarella
  • Capsicum & Bawang Holland

Cara Memasak & Penyediaan

    1. Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.
    2. Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.
    3. Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap
    4. Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.

carbonara meatball cheese

Carbonara dengan bebola daging dan keju biasanya dimakan sebagai hidangan utama. Ia adalah hidangan pasta yang enak dan mengenyangkan yang boleh dinikmati untuk makan tengah hari atau makan malam. Gabungan sos berkrim, bebola daging lembut, dan spageti menjadikannya hidangan yang memuaskan dan berperisa. Anda boleh menghidangkannya dengan salad ringkas atau roti berkerak untuk menyerap sebarang sos tambahan. 

Selamat Mencuba resipi ini!

Baca Juga resipi enak ini : Bulgogi Masakan Mewah Resipi Mudah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top